Oleh kerana kandungan bijih besi, biasanya terletak jauh ke dalam batu-batu mendak yang keras, langkah pertama yang harus dilakukan ialah meletupkan kawasan yang telah dikenalpasti mengandungi banyak bijih.

Di zaman NMC, letupan dilakukan dua kali sehari iaitu pada jam 11.15 pagi dan 5.15 petang. Di zaman EMMCO, pihak syarikat telah menggandakan pengeluaran dan melakukan letupan sebanyak tiga kali sehari, iaitu pada jam 8.30 pagi, 12.00 tengahari dan 4.30 petang.

Selepas letupan, batu-batu bijih dimuatkan ke dalam 'rock car' (lori batu) dan dihantar ke tempat pemprosesan. Di sana batu-batu tersebut dipecahkan kepada saiz yang dikehendaki dan dicuci sebelum dimuatkan ke dalam wagon untuk dihantar ke 'stock pile' di Sura. Ia kemudian dimuatkan ke dalam tongkang dan ditunda oleh bot-bot penunda ke kapal untuk dihantar ke Jepun.


home galeri sejarah proses artifak foto link buku tamu emel