home galeri sejarah proses artifak foto link buku tamu emel

Ini ialah bekas rumah pengurus lombong Bukit Besi. Ia lebih dikenali dengan panggilan Rumah No. 1. Rumah ini akan dibina semula oleh KETENGAH dalam bentuk asal untuk mengekalkan kesan-kesan sejarahnya. Rumah ini akan dijadikan Galeri Sejarah Bukit Besi.

Buat masa ini Galeri Sejarah ditempatkan sementara di Pejabat KETENGAH Bandar Bukit Besi dan telah dibuka untuk kunjungan orang ramai, terutamanya murid-murid sekolah.

Antara bahan-bahan yang dipamirkan di galeri ini ialah maklumat sejarah, peta, carta, foto, contoh-contoh batu, peralatan menguji kandungan bijih dan sebagainya.

Waktu melawat ialah:

Sabtu - Khamis:
Jumaat dan Cuti Umum:
Sabtu minggu ke-1 & ke-3

9 pg - 4 ptg
Tutup
Tutup

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Galeri Sejarah Bukit Besi,
Pejabat KETENGAH,
Bandar Bukit Besi, Dungun,
Terengganu Darul Iman, Malaysia
 
Tel / Fax: 09-8337217, 09-8337219


home galeri sejarah proses artifak foto link buku tamu emel