home galeri sejarah proses artifak foto link buku tamu emel

Pada tahun 1930, laluan keretapi Dungun - Bukit Besi telah dapat disiapkan di stesen Che' Lijah. 'Stock Pile' atau Tempat Memunggah Bijih yang pertama juga adalah di Kampung Che' Lijah. Dari situ bijih-bijih besi dimuatkan ke dalam bot untuk dibawa ke Kuala Dungun. 

Tahun 1935, jumlah penduduk di Bukit Besi telah meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja). Pendapatan penduduk Bukit Besi pada masa itu sangat mewah. Perkhidmatan awam seperti bekalan air, elektrik, keretapi juga disediakan secara percuma.

Sebuah terowong yang dikenali sebagai Bukit Tebuk telah dapat disiapkan dalam tahun 1936. Perjalanan melalui Bukit Tebuk dapat menjimatkan masa. Oleh itu tempat memunggah bijih  dari Che Lijah telah dipindahkan ke Nibong, dan akhirnya dipindahkan pula ke Sura.


home galeri sejarah proses artifak foto link buku tamu emel